sktpjs.zoom-a.com
SK. TAMAN PAROI JAYA
Jln. Persiaran Merak, 70400 Seremban, N. Sembilan Tel:066793241, Faks:066772340
e-mel : sktpjsns@yahoo.com, sktpjs@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | VISI & MISI | LOGO SEKOLAH | BENDERA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | ENROLMEN GURU | ENROLMEN MURID | UPSR | INFO ICT | KRONOLOGI KOMPUTER | ICTL | ANTIVIRUS | BIMBINGAN&KAUNSELING | BICARA AGAMA | TAZKIRAH | KESIHATAN | PAUTAN | RANCANGAN TAHUNAN | PIBG SKTPJ | BUKU PELAWAT | HUBUNGI KAMI | SEMBANG ICT | PETA SKTPJ | INFO HALAL | INFO SOLAT | INFO PTPTN | INFO SAMAN | PERMATA PINTAR | AKTIVITI 2009 | AKTIVITI 2010 | AKTIVITI 2011 | AKTIVITI 2012 | AKTIVITI 2013 | AKTIVITI 2014 | ASMAULHUSNA | UCAPAN | KATA-KATA HIKMAH | E-PENYATA GAJI | WARGA SKTPJ | GALERI SKTPJ | E-FILING | KSSR | LAMAN UTAMA |

Penyembelihan Nabi Ismail

NABI Ismail cukup terkenal dengan kisah penyembelihan agung. Pada Hari Raya Aidiladha, peristiwa ini pasti meresap kembali dalam ingatan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bagi umat Islam yang berkemampuan mereka akan menyembelih haiwan ternakan sebagai korban bersempena dengan peristiwa penyembelihan Nabi Ismail.

Peristiwa penyembelihan ini bermula apabila Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah memerintahkan baginda untuk menyembelih anaknya.

Nabi Ibrahim sungguh sedih dan terkejut. Sebelum ini pun Allah telah mengujinya dengan berbagai-bagai ujian dan cabaran. Ujian pertama yang diterimanya adalah setelah berkahwin dengan Sarah. Isterinya itu didapati tidak dapat melahirkan anak sedangkan usia Nabi Ibrahim pada waktu itu telah lanjut.

Kemudian baginda berkahwin dengan Hajar dan mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail. Baginda sungguh gembira dan amat menyayangi anaknya itu. Tiba-tiba ujian kedua menimpanya. Allah menurunkan wahyu supaya baginda meninggalkan Hajar dan anak kesayangannya di satu kawasan ketika itu Ismail masih kecil.

Akhir sekali dugaan yang paling mencabar diterimanya dalam mimpi baginda. Allah memerintahkan baginda supaya menyembelih Ismail. Pada masa itu Ismail telah remaja. Nabi Ibrahim berasa sedih kerana itulah satu-satunya anak yang dimilikinya bersama Hajar.

Nabi Ibrahim juga telah tua ketika menerima wahyu tersebut. Namun, baginda tetap taat kepada perintah Allah. Lalu baginda bertemu dengan Ismail.

"Wahai anakku, sesungguhnya aku telah bermimpi seolah-olah aku menyembelihmu. Apakah pendapatmu tentang perkara ini?," tanya Nabi Ibrahim.

Sebagaimana yang diterjemahkan di dalam al-Quran, Ismail pun menjawab, "Wahai bapaku, kamu laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu. Insya-Allah kamu mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar".

Nabi Ibrahim sungguh terharu mendengar kata-kata anaknya itu. Baginda tahu anaknya seorang yang tabah dan taat kepada Allah. Kemudian, baginda bersiap sedia menyembelih Ismail.

Sebelum disembelih, Ismail berpesan kepada bapanya: "Wahai ayahku, ikatlah badanku dengan kuat agar aku tidak meronta-ronta. Kemudian tanggalkanlah pakaianku agar tidak terkena darahku. Aku tidak mahu ibu bersedih apabila melihat pakaianku nanti. Tajamkanlah pisaumu dan percepatkanlah penyembelihanku agar dapat meringankan kesakitanku. Kemudian sampaikanlah salamku kepada ibu dan berikannya pakaianku sebagai tanda kenang-kenangan."

Nabi Ibrahim terus memeluk dan mencium anaknya.

"Aku sungguh bahagia mempunyai anak sepertimu yang taat kepada perintah Allah, berbakti kepada orang Allah, berbakti kepada orang tua dan ikhlas hatinya," kata Nabi Ibrahim dalam nada sedih.

Selepas itu, Nabi Ibrahim pun menjalankan perintah tersebut. Baginda melakukannya seperti yang diminta oleh Ismail, tetapi pisau yang digerakkan di leher Ismail tidak berfungsi dan menjadi tumpul. Beberapa kali dicubanya tetapi gagal. Nabi Ibrahim berasa hairan lalu berdoa kepada Allah dan Allah terus berseru kepadanya:

"Wahai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah melaksanakan mimpimu itu, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kebaikan."

Nabi Ibrahim amat bersyukur kerana Ismail telah terselamat daripada disembelih. Tempat Ismail telah diganti dengan seekor kibas.

lPetikan daripada buku Untaian 366 kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Tujuh kaedah mendidik anak-anak

1. Pendidikan Iman.
Iaitu kelahiran anak hendaklah dimulai dengan sebutan nama-nama Allah dan kemudian disusuli dengan mendengarkan kepada anak-anak suatu yang boleh menumbuhkan bibit-bibit iman di dadanya.

Ibu bapa tidak seharusnya mencemari sebutan nama Allah melalui azan selepas lahir dengan bunyian lagha dalam proses tumbesarannya.

2. Pendidikan Akhlak.

Anak-anak seharusnya didedahkan dengan amalan-amalan dan nilai-nilai mulia seperti tutur kata sopan, menghormati orang tua, belas kasihan kepada orang susah dan sebagainya.

Ini semua boleh diterapkan dengan berkesan melalui contoh tauladan yang dipertontonkan oleh ibu bapa dan ia bermula dari dalam kandungan lagi sehinggalah dilahirkan.

3. Pendidikan Intelektual.

Ibu bapa hendaklah menghidupkan budaya ilmu di rumah agar anak-anak terbiasa dengannya dan lahirnya rasa cintakan ilmu. Ia boleh dipupuk melalui tauladan membaca, berdiskusi dan sebagainya.

Di rumah sebaiknya diwujudkan perpustakaan mini atau rak-rak buku yang boleh mencetuskan naluri ingin membaca. Minat membaca harus dipupuk dari kecil kerana membaca adalah jambatan ilmu.

4. Pendidikan Fizikal.

Anak-anak juga perlu didedahkan dengan aktiviti fizikal iaitu melalui riadah dan bersukan. Kerana seperti kata pepatah 'akal yang cerdas dari tubuh badan yang sihat'.

Oleh itu ibu bapa wajar membiasakan anak-anak dengan aktiviti-aktiviti lasak di luar rumah agar mereka menjadi cergas dan mampu melakukan kerja-kerja berat.

5. Pendidikan Psikologi.

Ibu bapa hendaklah memastikan agar anak-anak sentiasa terdidik dengan naluri dan perasaan yang positif kerana ia dapat membantu kematangan mereka. Anak-anak perlu diterapkan dengan sifat berani, kuat semangat, tabah, sabar, benar dan sebagainya.

Mereka hendaklah dihindari dari sifat-sifat negatif seperti penakut, panas baran dan sebagainya. Ini boleh diterapkan melalui teguran dan contoh dari ibu bapa.

6. Pendidikan Sosial.

Apa yang dimaksudkan di sini ialah kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dan pandai menyesuaikan diri. Sikap ini boleh dipupuk melalui pendedahan pergaulan dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Ibu bapa boleh menerapkannya dengan membawa anak-anak ke tempat perhimpunan orang ramai seperti di majlis-majlis kenduri, gotong royong ataupun solat berjemaah di masjid.

7. Pendidikan Seksual.

Anak-anak juga perlu didedahkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum hubungan lelaki dan perempuan, batasan aurat, adab pergaulan dengan bukan mahram dan nilai-nilai mulia seperti sifat malu dan sopan dalam membicarakan soal berkaitan dengan seks.

Mereka juga hendaklah didedahkan tentang hukum haram berkhalwat dan berzina. Ini dapat memelihara maruah dan nama baik keluarga dan ibu bapa.

Kaabah dibina sejak Nabi Adam

RUMAH ibadat yang dimaksudkan oleh ayat itu merupakan Kaabah. Iaitu perkataan Arab bermaksud tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran, selain turut bermakna segi empat berbentuk kiub.

Kaabah di Kota Mekah tidak sahaja disifatkan sebagai rumah ibadat pertama malah dikatakan binaan pertama dibina di muka bumi ini, iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s lagi.

Mungkin sesuai dengan antara gelaran lain yang diberikan kepada Kaabah, iaitu Baitul Ateeq yang bermakna paling awal atau paling lama (Kaabah juga digelar Baitul Haram yang bermakna Rumah yang dihormati).

Dikatakan Allah telah memerintahkan Nabi Adam supaya mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit.

Itulah keistimewaan Kaabah yang kekal sehingga ke hari ini apabila mempunyai kedudukan yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.

Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w menyebut Kota Mekah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.

Baitul Makmur merupakan tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.

Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan untuk menghabiskan satu tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari Kiamat.

Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.

Dikatakan ketika Nabi Ibrahim dalam usia yang lewat, baginda diperintahkan oleh Allah untuk membina Kaabah dengan bantuan putera baginda Nabi Ismail.

Nabi Ibrahim dan anaknya itu diperintahkan oleh Allah supaya membina semula Kaabah yang sesetengah riwayat binaan itu dibina di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang runtuh akibat banjir besar dan taufan yang melanda di zaman Nabi Nuh as.

Ini disebut dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau menyekutukan sesuatu pun denganKu dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang yang tawaf dan orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud." (Surah al-Hajj: 26-27)

Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dikatakan menggunakan batu-batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Al-Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ketika membina Kaabah itu, Nabi Ibrahim berkata kepada Ismail: "Bawakan batu yang baik kepadaku untuk aku letakkan di satu sudut supaya ia menjadi tanda kepada manusia".

Hajar Aswad

Kemudian Malaikat Jibril memberi ilham kepada Ismail supaya mencari batu hitam (Hajar Aswad) untuk diserahkan kepada Nabi Ibrahim.

Persoalan mengenai batu hitam atau Hajar Aswad ini benarkah batu ini dikatakan berasal dari syurga? Benarkah malaikat Jibrail mengambilnya dari syurga dan menyerahkan batu itu kepada Nabi Ismail?

Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga. Riwayat oleh Sa'id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka'b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.

Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini.

Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.

Tidak ditemukan maklumat yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat ataukah Nabi Adam a.s.

Sesetengah ada diceritakan bahawa batu tersebut berasal dari syurga yang sama-sama turun ke bumi bersama-sama dengan Nabi Adam dan isterinya, Siti Hawa.

Batu itu kemudiannya hilang ketika berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh dan sehinggalah ditemui semula oleh Nabi Ismail dengan bantuan Malaikat Jibrail.

Walau apa pun mengenai latar belakang dan asal usul batu ini, setelah beroleh batu tersebut Nabi Ibrahim berdiri dan meletakkan batu itu di sudut timur Kaabah atau sebelah kiri Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah), yang tingginya sekitar 150 sentimeter dari permukaan tanah.

Setiap kali bangun, mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Ketika Nabi Ibrahim berdiri di satu sudut, bekas tapak kaki baginda itu yang kini dikenali sebagai Makam Ibrahim.

Sementara Hijir Ismail merupakan suatu kawasan lengkungan yang berbentuk separa bulatan yang terletak di Utara Kaabah.

Pada asalnya kawasan ini merupakan tempat berteduh bagi Nabi Ibrahim sepanjang sesi pembinaan Kaabah dan menunaikan ibadah haji di Baitullah.

Seterusnya ia menjadi kandang kambing kepunyaan Nabi Ismail. Pada waktu itu juga, kawasan itu tidak menjadi sebahagian daripada binaan Kaabah.

Namun begitu, selepas pembinaan Kaabah oleh bangsa Arab Quraisy, ukuran panjangnya telah dikecilkan sebanyak 6 hasta 1 jengkal, sebahagian daripada Hijir Ismail telah dimasukkan sebagai kawasan Kaabah.

Justeru, bagi mereka yang tiada kesempatan untuk masuk ke dalam Kaabah, memadailah bagi dirinya berada di Hijir Ismail untuk beribadat.

Diingatkan bahawa seseorang itu adalah dilarang melakukan tawaf di Hijir Ismail kerana ia merupakan sebahagian daripada Kaabah.

Selepas menyempurnakan binaan itu, Nabi Ibrahim dan keluarganya diperintahkan pula mengerjakan ibadat tawaf mengelilingi Kaabah sebagai sebahagian daripada ibadat haji.

Kaabah dengan segala macam keistimewaan telah berdiri kukuh selama hampir 2,000 tahun hingga ke saat ini.

Doa-doa Daripada al-Qur’an:

1. Surah yang pertama di dalam al-Qur'an, al-Fatihah:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

( ١)الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ( ٢)الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( ٣)مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( ٤)إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

(

٥)اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ( ٦)صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ ( ٧ )

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat. (1:1-7)

Surah al-Fatihah adalah merupakan surah yang istimewa diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya. (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam

Selanjutnya disenaraikan di bawah, menurut kronologi ayat-ayat, doa-doa lain yang terdapat di dalam al-Qur'an:

Sahih al-Bukhari dinyatakan bahawa surah al-Fatihah adalah surah terbesar di dalam al-qur’an.

2. Tidak menjadi orang bodoh (jahil):

(

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُآُمْ أَنْ تَذْبَحُوا بَقَرَةً قَالُوا أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَآُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ ( ٦٧

Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan Yang jahil (yang melakukan sesuatu Yang tidak patut)". (2:67)

3. Doa Nabi Ibrahim ketika membina Rumah atau Kaabah:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

( ١٢٧ )رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ( ١٢٨ )رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ

(

آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَآِّيهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ( ١٢٩

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada Kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah Kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan Jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada Kami syariat dan cara-cara Ibadat kami, dan Terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; "Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, Yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (2:127-129)

4. Memohon Kebaikan Yang baik di dunia dan di akhirat:

(

وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ( ٢٠١

Dan di antara mereka pula ada Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka". (2:201)

5. Ketika bertemu musuh dalam peperangan:

(

وَلَمَّا بَرَزُوا لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالُوا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ ( ٢٥٠

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami serta menangkanlah Kami terhadap kaum Yang kafir" (2:250)

6. Ayatul Kursi:

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ

مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ آُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ

(

الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ ( ٢٥٥

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya). (2: 255)

Diriwayatkan daripada

Sahih Muslim bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda memberitahu kepada Ubai bin Ka’ab bahawa ayat yang paling agung dalam al-Qur’an adalah ayat al-Kursi. Ada juga diriwayatkan di dalam Sahih Bukahri dan Sahih Muslim berkenaan kisah

Abu Hurairah r.a. menangkap syaitan yang mempunyai hubung kaitnya dengan ayat al-Kursi.

7. Tidak dihukum kerana terlupa atau tersilap, dan beban diringankan:

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا آَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اآْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا

آَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى

(

الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ ( ٢٨٦

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". (2:286)

8. Hati tidak menyimpang setelah mendapat petunjuk al-Qur'an:

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

( ٨)رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لا رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللَّهَ

(

لا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ ( ٩

(Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah Yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) Yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (3:8-9)

9. Memohon ampun atas kesalahan dan dilindungi daripada azab Api:

(

الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ( ١٦

(Iaitu) orang-orang Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa Kami dan peliharalah Kami dari azab neraka"; (3:16)

10. Setelah Melahirkan Anak (Doa Ibu Mariam):

فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّآَرُ آَالأنْثَى وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ

(

وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ( ٣٦

Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang Yang Aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa Yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki Dengan anak perempuan; dan bahawasanya Aku telah menamakannya Maryam, dan Aku melindungi Dia Dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan Yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)". (3:36)

11. Mendapatkan Anak:

(

هُنَالِكَ دَعَا زَآَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ ( ٣٨

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". (3:38)

12. Menjadi Seorang Saksi Bagi Allah Dan Kitab-Nya:

(

رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاآْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ ( ٥٣

"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa Yang telah Engkau turunkan, dan Kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah Kami beserta orang-orang Yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)". (3:53)

13. Memohon ampun atas kesalahan dan yang berlebihan dalam urusan, teguhkan pendirian, dan pertolongan terhadap kaum yang tidak percaya:

(

وَمَا آَانَ قَوْلَهُمْ إِلا أَنْ قَالُوا رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ ( ١٤٧

Dan tidaklah ada Yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa-dosa Kami dan perbuatan Kami Yang melampau Dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami (dalam perjuangan); dan tolonglah Kami mencapai kemenangan terhadap kaum Yang kafir. (3:147)

14. Doa Ketika Menghadapi Tekanan (Stress)

(

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَآِيلُ ( ١٧٣

Mereka juga ialah Yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)". (3: 173)

Menurut Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh Nabi Ibrahin a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika golongan kafir menakut-nakutkan Nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi s.a.w. (

Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah ali ‘Imran).

15. Dijauhkan daripada azab Api, ampun atas kesalahan, lepas daripada kejahatan, mati sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat (doa ketika memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi):

الَّذِينَ يَذْآُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا

عَذَابَ النَّارِ

لِلإيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَآَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ

( ١٩١ )رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ ( ١٩٢ )رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي( ١٩٣ )رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى

(

رُسُلِكَ وَلا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ ( ١٩٤

(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! sebenarnya sesiapa Yang Engkau masukkan ke

Dalam neraka maka Sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang Yang zalim tidak akan beroleh seorang Penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) Yang menyeru kepada iman, katanya: `berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka Kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada Kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah Kami bersama orang-orang Yang berbakti; Wahai Tuhan kami! berikanlah kepada Kami pahala Yang telah Engkau janjikan kepada Kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan Kami pada hari kiamat; Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (3:191-194)

16. Doa Agar Selamat Daripada Golongan Yang Zalim:

وَمَا لَكُمْ لا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَذِهِ الْقَرْيَةِ

(

الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا ( ٧٥

Dan apakah Yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang Yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, Iaitu mereka Yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! keluarkanlah Kami dari negeri (Makkah) ini, Yang penduduknya (kaum kafir musyrik) Yang zalim, dan Jadikanlah bagi Kami dari pihakMu seorang pemimpin Yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan Jadikanlah bagi Kami dari pihakMu seorang pemimpin Yang membela Kami (dari ancaman musuh)". (4: 75)

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggesa kaum Muslimin di Makkah agar berjihad pada jalan-Nya dengan tujuan mempertahankan Islam dan golongan al-Mustadh’afin yang tidak mampu berhijrah keluar dari Makkah kerana kekangan kemiskinan. Mereka yang miskin dan melarat itu memohon daripada Allah s.w.t. agar didatangkan penolong yang dapat menyelamatkan mereka daripada kezaliman musuh Islam. (

Tafsir Ibn Kathir, ayat 75, surah an-Nisa’)

17. Doa Agar Ditetapkan Bersama Orang-Orang Yang Beriman:

وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاآْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ

(

٨٣)

Dan apabila mereka mendengar Al-Quran Yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), Engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa Yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, Kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab suci Al-Quran), oleh itu Tetapkanlah Kami bersama-sama orang-orang Yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). (5: 83)

18. Doa Nabi Isa untuk diturunkan hidangan dari langit:

قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لأوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيرُ

(

الرَّازِقِينَ ( ١١٤

Isa Ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada Kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, Iaitu bagi Kami Yang ada hari ini dan bagi orang-orang Kami Yang datang Kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki". (5:114)

19. Doa Iftitah:

"Sesungguhnya Aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah Yang menciptakan langit dan bumi, sedang Aku tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah Aku dari orang-orang Yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain)". (6: 79)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh ahmad, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidzi, dan Ibn Majah, Nabi s.a.w. sentiasa membaca ayat ini pada permulaan solat sebelum membaca al-Fatihah. (

( إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِآِينَ ( ٧٩al-Durrul Manthur, tafsir ayat 79, surah al-an’am)

20. Doa Penyerahan Diri:

(

قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ( ١٦٢ )لا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ ( ١٦٣

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan Dengan Yang demikian sahaja Aku diperintahkan, dan Aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam Yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". (6: 162-163)

21. Memohon Ampun dan Rahmat Allah

(

قَالا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ ( ٢٣

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi". (7:23)

22. Doa Pembuka Dan Pujian

وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الأنْهَارُ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا آُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ

(

لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ وَنُودُوا أَنْ تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا آُنْتُمْ تَعْمَلُونَ ( ٤٣

Dan Kami cabutkan Segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di Dalam syurga) Yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur Dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin Kami (dengan taufiqNya); Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan Kami Dengan membawa kebenaran". dan mereka diseru: "Itulah syurga Yang diberikan kamu mewarisinya Dengan sebab apa Yang kamu telah kerjakan". (7: 43)

23. Doa agar Diselamatkan Daripada Golongan Jahat Dan ahli Neraka:

(

وَإِذَا صُرِفَتْ أَبْصَارُهُمْ تِلْقَاءَ أَصْحَابِ النَّارِ قَالُوا رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ ( ٤٧

Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan Kami bersama orang-orang Yang zalim". (7: 47)

Menurut Ibn Abbas r.a. orang-orang Ashabul A’raf mengetahui ahli neraka dan mengenali mereka. Lalu mereka merayu kepada Allah supaya terselamat daripada hukuman yang dikenakan kepada ahli neraka. (

Tafsir al-Khazin, tafsir ayat 47, surah al-A’raaf)

24. Doa Agar Dihukumkan Dengan Keadilan Dan Kebenaran:

(

قَدِ افْتَرَيْنَا عَلَى اللَّهِ آَذِبًا إِنْ عُدْنَا فِي مِلَّتِكُمْ بَعْدَ إِذْ نَجَّانَا اللَّهُ مِنْهَا وَمَا يَكُونُ لَنَا أَنْ نَعُودَ فِيهَا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّنَا وَسِعَ رَبُّنَاآُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا عَلَى اللَّهِ تَوَآَّلْنَا رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ ( ٨٩

"Sesungguhnya (bermakna) Kami berdusta terhadap Allah, jika Kami berpindah kepada ugama kamu sesudah Allah menyelamatkan Kami daripadanya. dan tidaklah harus Kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan Kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. kepada Allah jualah Kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara Kami dan kaum Kami Dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik hakim". (7: 89)

25. Kesabaran dan kemusliman:

(

وَمَا تَنْقِمُ مِنَّا إِلا أَنْ آمَنَّا بِآيَاتِ رَبِّنَا لَمَّا جَاءَتْنَا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ ( ١٢٦

"Dan tidaklah Engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) Kami melainkan kerana Kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, Limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah Kami Dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)". (7:126)

26. Taubat Nabi Musa a.s.:

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَآَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ

(

تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَ  آا وَخَرَّ مُوسَى صَعِقًا فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ ( ١٤٣

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu Yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu (ZatMu Yang Maha Suci) supaya Aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke Gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya Engkau akan dapat melihatKu", setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesarannya) kepada Gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan Gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha suci Engkau (Wahai Tuhanku), Aku bertaubat kepadaMu, dan Akulah orang Yang awal pertama beriman (pada zamanku) (7:143)

27. Memohon ampun dan pengasihan Allah untuk diri sendiri dan saudara (Doa Nabi Musa a.s. Bersama Nabi Harun a.s.:

(

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلأخِي وَأَدْخِلْنَا فِي رَحْمَتِكَ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ ( ١٥١

Nabi Musa berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah Kami ke Dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari Segala Yang lain Mengasihani". (7:151)

28. Doa Nabi Musa a.s., Doa Ketika Melihat Kelalaian Manusia:

وَاخْتَارَ مُوسَى قَوْمَهُ سَبْعِينَ رَجُلا لِمِيقَاتِنَا فَلَمَّا أَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ قَالَ رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُمْ مِنْ قَبْلُ وَإِيَّايَ أَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ

السُّفَهَاءُ مِنَّا إِنْ هِيَ إِلا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَنْ تَشَاءُ وَتَهْدِي مَنْ تَشَاءُ أَنْتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ

١٥٥

(

)وَاآْتُبْ لَنَا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ إِنَّا هُدْنَا إِلَيْكَ قَالَ عَذَابِي أُصِيبُ بِهِ مَنْ أَشَاءُ وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ آُلَّ شَيْءٍ )فَسَأَآْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ الزَّآَاةَ وَالَّذِينَ هُمْ بِآيَاتِنَا يُؤْمِنُونَ ( ١٥٦

Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu Yang telah Kami tentukan. maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu Dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jika Engkau

kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan Kami disebabkan apa Yang telah dilakukan oleh orang-orang Yang bodoh di antara Kami? (Apa Yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa Yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah Kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi ampun. "Dan Tetapkanlah untuk Kami kebaikan Dalam dunia ini dan juga di akhirat, Sesungguhnya Kami kembali (bertaubat) kepadamu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa Yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang Yang bertaqwa, dan Yang memberi zakat, serta orang-orang Yang beriman kepada ayat-ayat kami. (7:155-156)

29. Doa Tawakkal:

(

فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَآَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ( ١٢٩

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar." (9: 129)

30. Doa Nabi Musa Menghindari Sihir Dan Ilmu Hitam:

فَلَمَّا أَلْقَوْا قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللَّهَ لا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ

( ٨١ )وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ

(

آَرِهَ الْمُجْرِمُونَ ( ٨٢

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: "apa Yang kamu datangkan itu, adalah sihir; Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat Yang dikurniakanNya kepadaku); Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang Yang melakukan kerosakan. "Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara Yang benar Dengan Kalimah-kalimah perintahNya, Walaupun Yang demikian dibenci oleh orang-orang Yang melakukan dosa". (10: 81-82)

Menurut Ibn Abi Hatim dan Abu al-Syeikh daripada daripada Laith bin Abi Sulaim r.a., beliau berkata: “ayat ini dapat menjadi penawar kepada perbuatan sihir dengan izin Allah. (

Fi Zilalil Qur’an, tafsir surah Yunus, ayat 81-82)

31. Doa orang yang percaya kepada Allah dan Kitab-Nya supaya tidak menjadi cubaan bagi kaum yang tidak percaya, dan diselamatkan daripada kezaliman mereka:

(

فَقَالُوا عَلَى اللَّهِ تَوَآَّلْنَا رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ ( ٨٥ )وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ ( ٨٦

Lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah Kami berserah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan Kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum Yang zalim ganas. "dan selamatkanlah Kami Dengan rahmatMu dari angkara kaum Yang kafir". (10:85-86)

32. Doa Nabi Musa terhadap Firaun:

وَقَالَ مُوسَى رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلأهُ زِينَةً وَأَمْوَالا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَنْ سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ

(

وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَلا يُؤْمِنُوا حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الألِيمَ ( ٨٨

Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda Yang mewah Dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami!

(kemewahan Yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka Dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab Yang tidak terperi sakitnya. (10:88)

33. Doa Ketika Menaiki Kenderaan Di Air

(

وَقَالَ ارْآَبُوا فِيهَا بِسْمِ اللَّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَحِيمٌ ( ٤١

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya Yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: 'Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya'. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (11: 41)

34. Memohon ampun atas pertanyaan yang "bodoh" terhadap Allah:

(

قَالَ رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَآُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ ( ٤٧

Nabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Aku berlindung kepadamu daripada memohon sesuatu Yang Aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah Aku dari orang-orang Yang rugi". (11:47)

35. Doa Agar Dilindungi Daripada Godaan Wanita (Doa Nabi Yusuf):

وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَنْ نَفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الأبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لا يُفْلِحُ

(

الظَّالِمُونَ ( ٢٣

Dan perempuan Yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, Aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan Yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku Dengan sebaik-baiknya; Sesungguhnya orang-orang Yang zalim tidak akan berjaya". (23: 41)

36. Doa Nabi Yusuf Agar Mati Dalam Islam:

رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الأحَادِيثِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا

(

وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ ( ١٠١

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) Dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku Dengan orang-orang Yang soleh". (12:101)

37. Doa Nabi Ibrahim Agar Tempatnya Mendapat Keamanan Dan Keampunan:

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الأصْنَامَ

فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

لِيُقِيمُوا الصَّلاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ

نُعْلِنُ وَمَا يَخْفَى عَلَى اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ

( ٣٥ )رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ آَثِيرًا مِنَ النَّاسِ فَمَنْ تَبِعَنِي( ٣٦ )رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا( ٣٧ )رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا( ٣٨ )الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ

٤٠ )رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ )يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ ( ٤١

(

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا آَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا ( ٢٤

Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (17:24)

39. Doa pada waktu malam (untuk membaca al-Qur'an) dan agar Dikurniakan Tempat Tinggal Yang Baik:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

( ٨٠ )وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ

(

الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ آَانَ زَهُوقًا ( ٨١

Dan pohonkanlah (Wahai Muhammad, Dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! masukkanlah daku ke Dalam urusan ugamaku Dengan kemasukan Yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya Dengan cara keluar Yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaKu dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan Yang menolongku", Dan Katakanlah:" telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap". (17:80-81)

Al-Imam Ibn Kathir meriwayatkan sebuah hadis bertaraf sahih daripada al-Tirmidzi, daripada al-Hasan bahawa Allah s.w.t. menurunkan ayat ini selepas mesyuarat tergempar pemuda dan ketua-ketua orang quraisy membuat konspirasi untuk membunuh Nabi s.a.w. Allah s.w.t. menobatkan dua tempat iaitu Makkah dan al-Madinah yang merupakan Balad Sidq iaitu tempat yang mulia dan baik walaupun

penduduk Makkah ternyata menolak dakwah Nabi s.a.w. (Tafsir Ibn Kathir dan Tafsir Ibn Jarir, tafsir ayat 80, surah al-Isra’)إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا ( ١٠

(ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah Kami rahmat dari sisimu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan ugama kami". (18:10)

41. Apabila terlupa setelah berjanji untuk melakukan sesuatu:

(

إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْآُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لأقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا ( ٢٤

Melainkan (hendaklah disertakan Dengan berkata): "Insya Allah". dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika Engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk Yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (18:24)

42. Apabila memasuki kebun Dan Apabila Berasa Takjub:

(

وَلَوْلا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالا وَوَلَدًا ( ٣٩

Dan sepatutnya semasa Engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya ialah barang Yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan Dengan pertolongan Allah)… (18.39)

43. Doa Nabi Zakaria untuk memohon anak:

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَآُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيا

( ٤)وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَآَانَتِ

(

امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيا ( ٥)يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيا ( ٦

Ia merayu Dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan Aku - Wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa Dengan doa permohonanku kepadamu. Dan Sesungguhnya Aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang Yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan Jadikanlah Dia - Wahai Tuhanku seorang Yang diredhai serta disukai". (19:4-6)

44. Lapangkan dada, mudahkan urusan, dan fasih bertutur supaya orang faham:

(

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ( ٢٥ )وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي ( ٢٦ )وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي ( ٢٧ )يَفْقَهُوا قَوْلِي ( ٢٨

Nabi Musa berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku; (20:25-28)

45. Menambahkan pengetahuan (dalam al-Qur'an):

(

فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ وَلا تَعْجَلْ بِالْقُرْآنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُقْضَى إِلَيْكَ وَحْيُهُ وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا ( ١١٤

Maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang benar (pada segala-galanya). Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadaMu, dan berdoalah Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku". (20:114)قُلْنَا يَا نَارُ آُونِي بَرْدًا وَسَلامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ ( ٦٩

Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim!” (21: 69)

47. Apabila Disentuh Penderitaan (Doa Nabi Ayub):

(

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ ( ٨٣

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja Yang lebih Mengasihani daripada Segala (yang lain) Yang Mengasihani". (21:83)

48. Doa Nabi Yunus Ketika Dalam Kesusahan (Di Dalam Perut Ikan Nun):

(

وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي آُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ ( ٨٧

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) Dalam keadaan marah, Yang menyebabkan ia menyangka Bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa Yang berlaku) maka ia pun menyeru Dalam keadaan Yang gelap-gelita Dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri". (21: 87)

Menurut sebuah hadis bertaraf sahih riwayat Tirmidzi, Nabi s.a.w. menyatakan: “Sesungguhnya tiada seorang Muslim pun memanjatkan doa ini dalam apa keadaan sekalipun melainkan Allah akan memperkenankannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim, Disahihkan dan disepakati oleh az-Zahabi)

49. Doa Nabi Zakaria Memohon Zuriat:

(

وَزَآَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ ( ٨٩

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi". (21: 89)

Nabi Zakaria berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak untuk menyambung perjuangannya. Baginda telah meneruskan amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwrisi daripada ayah dan datuknya dahulu. Natijah daripada kesungguhan munajatnya yang ikhlas itu, Allah s.w.t. telah menerima doa baginda. Menurut atha’ dan Ibn Abbas ayat berikutnya menggambarkan bahawa Allah s.w.t. turut menjadikan isteri baginda seorang yang baik akhlaknya sedangkan sebelum itu merupakan seorang yang kasar dalam berkata-kata. (

Tafsir al-Qurtubi tafsir ayat 89, surah al-Anbiya’)

50. Setelah orang berpaling daripada Peringatan yang disampaikan:

(Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara Kami Dengan mereka) Dengan Yang benar; dan Tuhan Kami ialah Yang melimpah-limpah rahmatNya Yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa Yang kamu sifatkan itu". (21:112)

( قَالَ رَبِّ احْكُمْ بِالْحَقِّ وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ ( ١١٢

51. Setelah didustakan orang:

(

قَالَ رَبِّ انْصُرْنِي بِمَا آَذَّبُونِ ( ٢٦

Nabi Nuh berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku". (23:26)

52. Tempat berlabuh (kapal):

(

وَقُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلا مُبَارَآًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ ( ٢٩

"Dan berdoalah Dengan berkata: ‘Wahai Tuhanku, Turunkanlah daku di tempat turun Yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat '" (23:29)

53. Tidak diletakkan bersama orang zalim:

(

قُلْ رَبِّ إِمَّا تُرِيَنِّي مَا يُوعَدُونَ ( ٩٣ )رَبِّ فَلا تَجْعَلْنِي فِي الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ ( ٩٤

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaKu (azab) Yang dijanjikan kepada mereka (di dunia), "Maka Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal Dalam kalangan kaum Yang zalim itu". (23:93-94)

54. Perlindungan daripada syaitan:

(

وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ ( ٩٧ )وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ ( ٩٨

Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepadamu dari hasutan syaitan-syaitan, "Dan Aku berlindung kepadaMu, Wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku". (23:97-98)

Ibn abi Syaibah, Ahmad, abu Dawud, dan al-Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadis yang dianggap bertaraf hasan oleh an-Nasa’i dan al-Baihaqi dalam

Asma’ Wassifat daripada Amru bin Syuaib daripada bapanya daripada datuknya bahawa Nabi s.a.w. mengajar supaya membaca doa ini jika terkejut sewaktu tidur.

55. Doa Agar Mendapat Keampunan Dan Rahmat:

(

إِنَّهُ آَانَ فَرِيقٌ مِنْ عِبَادِي يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ ( ١٠٩

"Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu Dengan berkata: `Wahai Tuhan kami, Kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa Kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik pemberi rahmat'. (23: 109)

56.

Penawar Pelbagai Penyakit:

١١٦

(

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاآُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُونَ ( ١١٥ )فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لا إِلَهَ إِلا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ)وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ ( ١١٧ )وَقُلْ رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ )وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ ( ١١٨

"Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?" Maka (dengan Yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang tetap benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang mulia. Dan sesiapa Yang menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, Dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka Sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya Yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir tidak akan berjaya. Dan berdoalah (Wahai Muhammad Dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik pemberi rahmat!" (23: 115-118)

Al-Hakim, Abu ya’la, Ibn abi Hatim, Ibn sunni dan al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa beliau telah membacakan ayat-ayat ini ke telinga seorang pesakit, lalu sembuhlah dia. Nabi s.a.w. telah bertanya kepadanya: “Apakah yang dibacanya itu?” Beliau menjawab: “ayat-ayat terakhir daripada surah al-Mu’minun.” Nabi bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada pada tangan-Nya, jika dibaca oleh seseorang kamu dengan yakin kepada gunung nescaya akan pecah gunung itu.” (

ad-Durrul Manthur, tafsir ayat 115-118, surah al-Mu’minun)

57. Dipalingkan daripada azab Jahanam:

(

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا آَانَ غَرَامًا ( ٦٥ )إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَ  را وَمُقَامًا ( ٦٦

Dan juga mereka Yang berdoa Dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahannam dari kami, Sesungguhnya azab seksaNya itu adalah mengertikan, neraka jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal Yang amat buruk"; (25:65-66)

58. Kegembiraan Daripada Keluarga dan Imam (ikutan / contoh) Bagi Orang-orang Bertakwa:

(

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا ( ٧٤

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa. (25:74)

59. Doa Selepas Wudhu’:

الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ

٨١

(

( ٧٨ )وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ ( ٧٩ )وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ( ٨٠ )وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ)وَالَّذِي أَطْمَعُ أَنْ يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ ( ٨٢ )رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ ( ٨٣ )وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ )فِي الآخِرِينَ ( ٨٤ )وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ ( ٨٥

"Tuhan Yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah Yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; "Dan Tuhan Yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum, "Dan apabila Aku sakit, maka Dia lah Yang menyembuhkan penyakitku; "Dan (Dia lah) Yang mematikan daku, kemudian ia menghidupkan daku; "Dan (Dia lah) Yang Aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; "Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku Dengan orang-orang Yang soleh; "Dan Jadikanlah bagiku sebutan Yang baik (nama

Yang harum) Dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian; "Dan Jadikanlah daku dari orang-orang Yang mewarisi syurga Jannatun-Naiim; (26: 78-85)

60. Doa Nabi Ibrahim (Agar Digolongkan Dalam Para Solihin):

رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

٨٥

(

( ٨٣ )وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الآخِرِينَ ( ٨٤ )وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ)وَاغْفِرْ لأبِي إِنَّهُ آَانَ مِنَ الضَّالِّينَ ( ٨٦ )وَلا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ ( ٨٧ )يَوْمَ لا يَنْفَعُ مَالٌ وَلا بَنُونَ ( ٨٨ )إِلا مَنْ أَتَى اللَّهَ )بِقَلْبٍ سَلِيمٍ ( ٨٩

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku Dengan orang-orang Yang soleh; "Dan Jadikanlah bagiku sebutan Yang baik (nama Yang harum) Dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian; "Dan Jadikanlah daku dari orang-orang Yang mewarisi syurga Jannatun-Naiim; "Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana Sesungguhnya ia adalah dari orang-orang Yang sesat; "Dan janganlah Engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -"Hari Yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (26:83-89)

61. Doa Nabi Ibrahim Agar Selamat Dari Penghinaan:

(

وَلا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ ( ٨٧

"Dan janganlah Engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula. (26: 87)

62. Doa Nabi Lut Agar Selamat Dari ahli Maksiat:

(

رَبِّ نَجِّنِي وَأَهْلِي مِمَّا يَعْمَلُونَ ( ١٦٩

(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa Yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu." (26: 169)

63. Doa Nabi Sulaiman Agar Menjadi Hamba Yang Bersyukur:

فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ

(

وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ ( ١٩

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - Dengan limpah rahmatMu - Dalam kumpulan hamba-hambaMu Yang soleh". (27:19)

64. Memohon Ampun Setelah Menzalimi Diri Sendiri (Doa Nabi Musa):

(

قَالَ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ ( ١٦

Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (28:16)

65. Doa Nabi Musa agar Selamat Dari Kaum Yang Zalim:

(

فَخَرَجَ مِنْهَا خَائِفًا يَتَرَقَّبُ قَالَ رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ ( ٢١

Musa pun keluarlah dari negeri itu Dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum Yang zalim". (28: 21)

66. Mencari arah ke tempat yang baik:

(

وَلَمَّا تَوَجَّهَ تِلْقَاءَ مَدْيَنَ قَالَ عَسَى رَبِّي أَنْ يَهْدِيَنِي سَوَاءَ السَّبِيلِ ( ٢٢

Dan setelah ia (meninggalkan Mesir Dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia Dengan berkata: "Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan Yang benar kepadaku," (28:22)

67. Memohon Rezeki Belas Kasihan:

(

فَسَقَى لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّى إِلَى الظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ ( ٢٤

Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian Yang Engkau berikan". (28:24)

68. Doa Nabi Lut - Pertolongan Terhadap Orang Jahat (Ingkar):

(

قَالَ رَبِّ انْصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ ( ٣٠

Nabi Lut berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum Yang melakukan kerosakan (menderhaka)". (29:30)

69. Jauhkan Perjalanan (pengembaraan):

فَقَالُوا رَبَّنَا بَاعِدْ بَيْنَ أَسْفَارِنَا وَظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ فَجَعَلْنَاهُمْ أَحَادِيثَ وَمَزَّقْنَاهُمْ آُلَّ مُمَزَّقٍ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ

(

١٩)

(maka kamakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur) lalu berkata: "Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan Kami (di antara sebuah bandar Dengan Yang lain)", dan mereka berlaku zalim kepada diri mereka sendiri; lalu Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka: buah mulut orang ramai, serta Kami pecah belahkan mereka berkecai-kecai. Sesungguhnya kisah mereka Yang tersebut mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya bagi tiap-tiap seorang (mukmin) Yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur. (34:19)

70. Doa Nabi Ibrahim Memohon mendapatkan anak yang salih (baik):

(

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ ( ١٠٠

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaKu anak Yang terhitung dari orang-orang Yang soleh!" (37:100)

71. Doa Nabi Sulaiman:

(

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لا يَنْبَغِي لأحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ ( ٣٥

Katanya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaKu sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) Yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; Sesungguhnya Engkaulah Yang sentiasa melimpah kurniaNya ". (38:35)

72. Doa agar Menjadi Orang Yang Taat:الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الألْبَابِ ( ١٨

73. Doa Nabi s.a.w. Ketika Qiyamulail:

(

قُلِ اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِي مَا آَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ( ٤٦

Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi, Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, Engkaulah jua Yang mengadili di antara hamba-hambaMu, mengenai apa Yang mereka sentiasa berselisihan padanya". (39: 46)

Berkata al-Imam abu Ali al-Husin bin Muhammad al-Qadhi, diriwayatkan daripada para sahabat pernah betanya Ummul Mukminin ‘Aisyah a.ha.: “Apakah yang sering diamalkan oleh Nabi s.a.w. semasa Qiyamulail?” ‘Aisyah r.ha. menjawab bahawa Nabi s.a.w. sentiasa membaca ayat 46 surah az-zumar. (

Tafsir al-Baghawi, tafsir ayat 46 surah az-Zumar)

74. Doa para malaikat untuk orang bertaubat dan mengikuti jalan al-Qur'an:

الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ آُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً

وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

( ٧)رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ( ٨)وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ وَمَنْ تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

(

٩)

Malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat Yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang Yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! rahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang Yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka. "Wahai Tuhan kami! dan masukkanlah mereka ke Dalam syurga "Adn" Yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang Yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. "Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa Yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan Yang demikian itulah kemenangan Yang besar (nilainya)". (40:7-9)

75. Doa Saidina Umar Ketika Kemarau:

(

وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِنْ بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنْشُرُ رَحْمَتَهُ وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ ( ٢٨

Dan Dia lah Yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji. (42: 28)

Abd. Bin Hamid, Ibn Jarir dan Ibn Munzir meriwayatkan daripada qatadah yang berkata, seorang lelaki bertemu dengan amirul Mukminin, Sayidina Umar r.a. serta

memberitahunya tentang kemarau yang melanda sehingga orang ramai sudah berputus asa. Sayidina Umar r.a. kemudiannya telah membcakan ayat di atas. (

al-Durrul Manthur, tafsir ayat 28, surah al-Syura)

76. Ketika menaiki kenderaan:

لِتَسْتَوُوا عَلَى ظُهُورِهِ ثُمَّ تَذْآُرُوا نِعْمَةَ رَبِّكُمْ إِذَا اسْتَوَيْتُمْ عَلَيْهِ وَتَقُولُوا سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا آُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ

( ١٣ )وَإِنَّا

(

إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ ( ١٤

Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan: "Maha suci Tuhan Yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang Kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya - Dan Sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, Kami akan kembali!" (43:13-14)

77. Doa agar Mensyukuri Nikmat Allah:

وَوَصَّيْنَا الإنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ آُرْهًا وَوَضَعَتْهُ آُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ

أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي

(

ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ ( ١٥

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)". (46:15)

78. Setelah dikalahkan:

(

فَدَعَا رَبَّهُ أَنِّي مَغْلُوبٌ فَانْتَصِرْ ( ١٠

Lalu Dia berdoa merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: Sesungguhnya Aku ini dikalahkan (oleh kaumku Yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)! (54:10)

79. Orang yang beriman kemudian:

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ

(

رَءُوفٌ رَحِيمٌ ( ١٠

Dan orang-orang (Islam) Yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami Yang mendahului Kami Dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan Dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang Yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu". (59:10)

80. Tidak menjadi ujian bagi orang yang tidak percaya (kepada Allah dan Kitab-Nya), dan memohon ampun:

وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَدًا حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ إِلا قَوْلَ إِبْرَاهِيمَ لأبِيهِ لأسْتَغْفِرَنَّ لَكَ وَمَا أَمْلِكُ لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ

قَدْ آَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنْكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ آَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا

(

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَآَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ ( ٤)رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ آَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ( ٥

Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan Yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya Kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa Yang kamu sembah Yang lain dari Allah; Kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara Kami Dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan Aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah Wahai orang-orang Yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya Yang kafir, Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! kepada Engkaulah sahaja Kami berserah diri, dan kepada Engkaulah Kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali! "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan Kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa Kami Wahai Tuhan kami; Sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (60:4-5)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ

يَوْمَ لا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى

(

آُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ( ٨

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (66: 8)

Al-Hakim meriwayatkan dalam sebuah hadis yang dianggap sahih bahawa Ibn Mas’ud berkata yang bermaksud: “Taubat Nasuha menghapuskan semua dosa kerana terdapat di dalam al-Qur’an, allah s.w.t. berfirman...”, lalu beliau membcakan ayat sebelum doa ini. Orang-orang beriman akan dikurniakan Allah Nur sedangkan orang-orang munafik akan dipadamkan Nur yang diberikan kepadanya. Perkara yang sama diriwayatkan oleh Ibn Abbas ketika menceritakan tentang hari akhirat. (

Tafsir Fathil Qadir, tafsir ayat 8 surah at-Tahrim)

81. Doa isteri Firaun yang beriman:

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلا لِلَّذِينَ آمَنُوا اِمْرَأَةَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ

(

الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ ( ١١

Dan Allah mengemukakan satu misal Perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat Dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! binalah untukku sebuah Rumah di sisiMu Dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum Yang zalim"; (66:11)

82. Doa Apabila Menderita Sakit Gigi:

(

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنْشَأَآُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ قَلِيلا مَا تَشْكُرُونَ ( ٢٣

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Allah Yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur". (67: 23)

Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini.” (

Ad-daruqutni pula meriwayatkan dalam al-Afrad daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabada, maksudnya: “Sesiapa meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ke-98 surah al-an’am dan ayat ini, maka dia akan sembuh dengan izin Allah s.w.t.” (

al-Durrul Manthur, tafsir ayat 23, surah al-Mulk)al-Durrul Manthur, tafsir ayat 23, surah al-Mulk)

83. Doa Nabi Nuh – Doa Terhadap Orang Kafir:

وَقَالَ نُوحٌ رَبِّ لا تَذَرْ عَلَى الأرْضِ مِنَ الْكَافِرِينَ دَيَّارًا

( ٢٦ )إِنَّكَ إِنْ تَذَرْهُمْ يُضِلُّوا عِبَادَكَ وَلا يَلِدُوا إِلا فَاجِرًا آَفَّارًا

(

٢٧ )رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلا تَبَارًا ( ٢٨ )

Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi! "Kerana Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan Yang berbuat dosa lagi kufur ingkar. Wahai Tuhanku! ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa Yang masuk ke Rumahku Dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam Segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang Yang zalim melainkan kebinasaan!" (71:26-28)

84. Doa Terhadap Ibu Bapa:

(

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلا تَبَارًا ( ٢٨

"Wahai Tuhanku! ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa Yang masuk ke Rumahku Dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam Segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang Yang zalim melainkan kebinasaan!" (71: 28)

85. Doa Agar Beroleh Kelapangan Hati:

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

( ١)وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ ( ٢)الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ ( ٣)وَرَفَعْنَا لَكَ ذِآْرَكَ ( ٤)فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

(

٥)إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ( ٦)فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ ( ٧)وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ ( ٨ )

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha

(mengerjakan amal soleh Yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini). (94: 1-8)

Surah ini diturunkan oleh Allah untuk memberikan berita gembira sekaligus meringankan tekanan dalam menyampaikan risalah Islam kepada manusia. Di samping itu, Allah s.w.t. memuliakan baginda dengan meninggikan nama baginda untuk disebutkan bersama dengan nama-Nya dalam kalimah syahadah, azan, iqamah, tasyahud dan lain-lain. (

Dalam Hasyiah as-Sawi, disebutkan bahawa ramai daripada kalangan orang soleh yang menjadikan surah ini sebagai amalan untuk menghilangkan rasa sedih dan kesempitan. Ia turut digunakan untuk menguatkan daya ingatan dan mempertingkatkan kefahaman. (a

Ibn Kathir, ad-Durrul Manthur, Ruhul Bayan, tafsir surah al-Insyirah)l-Sawi ala al-Jalalain, tafsir al-Insyirah)

86. Penawar Pelbagai Masalah:

(

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ( ١)اللَّهُ الصَّمَدُ ( ٢)لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ( ٣)وَلَمْ يَكُنْ لَهُ آُفُوًا أَحَدٌ ( ٤

Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya". (112: 1-4)

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam

Seorang sahabat yang gemar membaca surah ini ketika mengimamkan para makmum dalam rombongan tentera perisikan telah digembirakan oleh Nabi s.a.w. bahawa Allah mencintainya kerana kegemarannya terhadap surah yang menceritakan sifat Allah ini. (

Muhammad bin Nasr dan at-Thabrani menerusi satu hadith yang bertaraf

Menurut sebuah hadis riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w. bertanya kepada para sahabat: “Mengapa seseorang daripada kamu tidak mampu membaca sepertiga al-Qur’an setiap hari?” Nabi s.a.w. bersabda: “Allah telah membahagikan al-Qur’an kepada tiga bahagian, bacalah Qul Huwa Allah ini kerana ia merupakan sepertiga al-Qur’an.” (

KASIH TERHADAP BAGINDA

TANGGAL 12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam menyambut kehadiran tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan.

Ada juga majlis marhaban dan qasidah yang dialunkan dengan suara merdu dan penuh bersemangat, berdasarkan kitab Berzanji dan Burdah al-Bushairi. Semuanya demi menggambarkan kasih terhadap Baginda.


Saban tahun, kemunculan 12 Rabiul Awal turut mengundang polemik antara keharusan dan bidaahnya menyambut maulidul rasul.

Satu pihak mendakwa ia bidaah kerana tidak pernah dilakukan Nabi s.a.w, sahabat dan golongan salafussoleh.

Malah, jika ditinjau dari Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad, tidak pernah menganjurkan sambutan maulidul rasul ini.

Tetapi, adakah mereka tidak mencintai Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan maulidul rasul?

Satu pihak lagi yang menyokong sambutan ini menganggap bidaah yang baik (hasanah) dan hanya bertujuan untuk mengagungkan Rasulullah s.a.w dan mencerminkan kasih sayang kepada Baginda.

Bahkan, menurut mereka tiada larangan muktamad daripada Allah dan Rasul-Nya ke atas sambutan maulidul rasul ini.

Apa pun, kita tidak ingin menyambung polemik tanpa penghujung ini. Cuma yang ingin dibincangkan ialah tatacara untuk membuktikan kasih sayang dan pengagungan terhadap Nabi s.a.w.

Mencintai Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu prinsip agama yang sangat penting. Seseorang tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya)..." (Surah al-Taubah: 24)

Rasulullah s.a.w berhak meraih cinta itu kerana Baginda makhluk paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur, mengasihi umatnya, memberi petunjuk dan menyelamatkan umatnya dari neraka, malah menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w memiliki ciri tertentu. Berikut adalah tanda yang membuktikan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:

  • Mentauhidkan Allah - Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

    "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)

    Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

  • Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya - Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam.

    Ibnu Mas'ud berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." (Huquq al-Nabi)

  • Mentaati sunnah Nabi s.a.w - Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

    Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia.

    "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)

  • Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w - Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)

  • Sentiasa memuji dan mengingatinya - Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita.

    Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda.

  • Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w - "Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." (Hadis riwayat Muslim)

  • Benci orang dibenci Nabi s.a.w - Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

  • Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik - "Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." (Hadis riwayat Muslim)

    BERSIHKAN ROHANI DAN JASMANI

    SECARA umum manusia gemar kepada kebersihan, kesucian dan kesuburan. Pakaian kotor dibersihkan, kenderaan berdebu dicuci, malah kediaman yang kelihatan kian suram diceriakan dengan sentuhan baru, seperti cat dan perabot baru.

    Diri manusia juga lebih-lebih lagi memerlukan usaha penyucian, kerana sekiranya dibiar, tidak dirawat dan disuburkan, kekotoran yang melekat pada diri menjadi makin degil dan sukar dibersihkan.


    Sebab itu ada manusia yang bersifat dengki khianat, makin menjadi-jadi gelagat buruknya, manakala yang bertabiat jahat seperti suka mencuri, menyamun dan merompak, makin menjadi-jadi pula.

    Jika sifat keburukan itu tidak dirawat segera dan tidak dibersihkan sebaiknya, kemungkinan besar diri akan terus bergelumang dengan kekotoran, sehingga berpenghujung dengan kemusnahan.

    Pembersihan, penyucian dan penyuburan diri dalam istilah Arab dipanggil ‘tazkiyah nafs’. Ia adalah suatu usaha bersungguh untuk membersihkan dan menyucikan diri manusia dari sifat yang rendah dan hina, buruk dan keji.

    Tetapi usaha penyucian ini tidak sempurna jika tidak disertai dengan usaha pengisian dan perhiasan diri manusia iaitu dengan sifat yang tinggi lagi mulia, baik dan terpuji.

    Dalam ilmu akhlak, tazkiyah mengandungi dua sudut, iaitu membuang sifat yang rendah dan tercela (disebut juga takhalli/takhliyah) serta menghias dengan sifat mulia lagi terpuji (disebut tahliyah/tahalli).

    Antara sifat buruk yang perlu dibersihkan ialah takbur, suka berbangga dan menunjuk-nunjuk, riak, syirik dan kufur manakala sifat baik yang perlu dihias seperti bercakap benar, ikhlas, reda dan sabar.

    Jika mencuci pakaian menggunakan cara tertentu termasuk menggunakan bahan pencuci yang disyorkan bagi mendapatkan tahap kebersihan berkualiti, usaha menyucikan diri juga memerlukan kaedah dan panduan, supaya tidak tersasar dari matlamat.

    Dalam Islam usaha penyucian diri mestilah berasaskan tauhid iaitu keimanan kepada Allah dan cirinya, keimanan berasaskan ilmu yang benar. Iman yang berasaskan ilmu menghasilkan keyakinan, iaitu keyakinan yang berasaskan ilmu.

    Tauhid adalah teras yang mendasari binaan hidup manusia yang sebenar, sentiasa berinteraksi dengan semua sudut di dalam binaan terbabit. Dengan lain perkataan, tauhid yang menjadi teras itu yang menjiwai, menyuburkan, mengukuhkan dan mengindahkan binaan Islam.

    Antara amalan penting yang dapat memberikan kesan terhadap usaha pembersihan dan penyucian diri ialah solat, membelanjakan harta seperti berzakat, puasa, mengerjakan haji, membaca al-Quran, zikir dan tafakur.

    Bagaimanapun amalan yang memberikan kesan positif adalah amalan yang dilakukan dengan sempurna, selari dan menepati di antara amalan zahir (fizikal) dan batin (rohani).

    Tuntutan zahir dilaksanakan dengan memenuhi syarat dan rukunnya, sebelum, semasa dan selepasnya, wajib dan sunatnya serta meraikan adab lahir dan batinnya.

    Sejauh mana amalan itu dilaksanakan dengan sempurna, sejauh itulah kesan dalam usaha penyuciannya, sama ada ketika berusaha membuang sifat tercela atau memasukkan sifat terpuji.

    Dalam usaha penyucian ini, sudah tentulah anggota lahir yang tujuh seperti tangan, kaki, telinga, mata, lidah, perut dan jantina dibersihkan dan dipelihara dari perbuatan keji.

    Ini kerana kebersihan anggota berkenaan memberikan kesan secara langsung terhadap kebersihan diri.

    Kemudian, ilmu pengetahuan berkaitan proses penyucian dan penyuburan juga perlu diketahui, termasuk tabiat nafsu dan hubungannya dengan hawa (nafsu), seperti kelemahannya yang menjadi saluran syaitan menggoda dan memperdayakan diri.

    Apabila manusia, khususnya umat Islam dapat memahami konsep penyucian dan penyuburan diri, mengamalkannya dengan kesungguhan sudah pasti akan menghasilkan kesejahteraan, kebahagiaan dan kelapangan - bak cahaya menyinari hidup.

  • tarikhnya, al-Tirmidzi, Ib Jarir, Ibn Khuzaimah, Ibn Hatim dalam al-Sunnah dan al-Hakim yang menilainya sebagai sahih, daripada Ubay bin Ka’ab bahawa orang-orang musyrikin bertanya kepada Nabi s.a.w. untuk mendapatkan gambaran tentang kejadian Allah. Allah s.w.t. menurunkan surah surah ini (surah al-Ikhlas) untuk menjelaskan perbezaan-Nya daripada semua objek yang terlintas dalam fikiran manusia. (ad-Darul Manthur, tafsir surah al-Ikhlas)Hadis Riwayat Bukhari, rujuk Ibn Kathir, tafsir surah al-Ikhlas)jayyid (baik) meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “al-Ikhlas menyamai sepertiga Qur’an.”Ibn Kathir, tafsir surah al-Ikhlas)

    (

    Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan Yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan Yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang Yang berakal sempurna. (39: 18)

    46. Doa Nabi Ibrahim (Penawar Terhadap Api):

    (

    40. Pengasihan Allah dan kelurusan dalam urusan:

    (

    Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri Makkah ini negeri Yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. oleh itu, sesiapa Yang menurutku (dalam Islam Yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa Yang menderhaka kepadaKu (dengan menyalahi ugamaku), maka Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat). "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah suci Makkah) Yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahmu Yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (Mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya Dengan ibadat). oleh itu, Jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa Yang Kami sembunyikan dan apa Yang Kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, Yang tersembunyi kepada Allah! "Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaKu semasa Aku tua: Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha mendengar dan Memperkenan doa permohonan. "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang Yang mendirikan sembahyang dan Demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. "Wahai Tuhan kami! berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang Yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (14:35-41)

    38. Doa untuk ibu bapa:


    Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

    Pelawat: