sktpjs.zoom-a.com
SK. TAMAN PAROI JAYA
Jln. Persiaran Merak, 70400 Seremban, N. Sembilan Tel:066793241, Faks:066772340
e-mel : sktpjsns@yahoo.com, sktpjs@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | VISI & MISI | LOGO SEKOLAH | BENDERA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | ENROLMEN GURU | ENROLMEN MURID | UPSR | INFO ICT | KRONOLOGI KOMPUTER | ICTL | ANTIVIRUS | BIMBINGAN&KAUNSELING | BICARA AGAMA | TAZKIRAH | KESIHATAN | PAUTAN | RANCANGAN TAHUNAN | PIBG SKTPJ | BUKU PELAWAT | HUBUNGI KAMI | SEMBANG ICT | PETA SKTPJ | INFO HALAL | INFO SOLAT | INFO PTPTN | INFO SAMAN | PERMATA PINTAR | AKTIVITI 2009 | AKTIVITI 2010 | AKTIVITI 2011 | AKTIVITI 2012 | AKTIVITI 2013 | AKTIVITI 2014 | ASMAULHUSNA | UCAPAN | KATA-KATA HIKMAH | E-PENYATA GAJI | WARGA SKTPJ | GALERI SKTPJ | E-FILING | KSSR | LAMAN UTAMA |

SEJARAH SEKOLAH

         Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya mula dibuka pada 03 Disember 1990 dengan dua blok bangunan ( 12 bilik darjah ) di satu kawasan seluas 7 ekar.  Ianya terletak dalam satu kawasan perumahan yang moden kira-kira 6 kilometer dari Bandar Seremban.  Pada awal pembukaannya hanya terdiri dari 350 orang murid dengan 17 orang tenaga pengajar dan seorang kerani.  Pada Januari 1991, ditambah dengan 4 orang pekerja am, seorang jaga dan seorang pembantu am rendah.  Pn. Hjh Chek Som bt Hj Tambychik adalah Guru Besar pertama sekolah ini.

        Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya telah dirasmikan oleh Dato’ Amar Dr Sulaiman b. Hj Daud, Menteri Pendidikan Malaysia pada tanggal 02 Oktober 1992.

KEADAAN FIZIKAL

        Bangunan tambahan ( Satu blok 3 tingkat dengan 18 bilik darjah ) telah mula digunakan sepenuhnya pada 3 Januari 1994.  Dengan adanya blok tambahan ini, pihak sekolah telah dapat mewujudkan bilik Kemahiran Hidup, bilik Sains, bilik pemulihan, bilik muzik dan bilik komputer.  Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya juga mempunyai 3 buah pondok bacaan sumbangan YB Datuk Hjh Dermataksiah bt Abdul Jalil- ADUN Ampangan.  Sekolah ini dilengkapi dengan padang dan gelanggang permainan.  Padang sekolah telah dikongsi bersama Sekolah Menengah Pendeta Za’ba.

       Pada masa kini ( 2009 ) Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya mempunyai 4 blok bangunan dengan 32 buah kelas, 1 bangunan kelas program  pembelajaran kelas Integrasi ( PPKI ) yang dahulunya dikenali sebagai PKBP ( Program Kelas Bermasalah Pembelajaran ) ,   sebuah  surau, sebuah makmal ICT( 2 bilik ), sebuah bangunan Pra sekolah ( 2 kelas ), bilik pemulihan dan sebuah kantin.  Pada masa kini sekolah mempunyai 76 orang tenaga pengajar dan 1375 orang murid.   Sekolah juga mempunyai 11 staff sokongan dan 5 orang pekerja am ( swasta ) bagi pembersihan bangunan dan kawasan sekolah serta 2 orang pengawal keselamatan swasta.

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: