|
||||||||||
Ludah ke kiri tiga kali Berhubung dengan mimpi, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mimpi yang baik adalah daripada Allah, sedang mimpi (buruk) adalah daripada syaitan. Apabila seseorang antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang mendengarnya." (Hadis Riwayat Muslim) 'Atasi tekanan dengan bercakap pada diri anda sendiri' HIDUP penuh cabaran. Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia dengan wajah suram, kelam dan serba berjerebu. Hidup tidak bermaya dan penuh sedih seakan tidak ada harapan lagi, kecewa dan tertekan. 1. Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna. Contohi Luqman didik anakSEORANG Muslim sewajarnya menjadikan kampung akhirat sebagai matlamat utama. Jangan kita hanya meletakkan dunia dan gemerlapannya di lubuk hati. Dunia hanya sebagai batu loncatan untuk mencapai nikmat syurga yang abadi. Justeru, janganlah kita hanya duduk bersantai menanti waktu berlalu apalagi ditipu ilusi dunia. Firman Allah yang bermaksud: Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (al-Hadid: 20) Ibnu Kathir berkata, Allah membuat misalan di dunia sebagai keindahan yang fana dan nikmat yang akan sirna, iaitu seperti tanaman yang disiram hujan selepas kemarau panjang sehingga tumbuhlah tanaman yang menakjubkan petani, seperti takjubnya orang kafir terhadap dunia. Namun tidak lama kemudian tanaman-tanaman tersebut menguning dan akhirnya kering dan hancur. Perbandingan ini mengisyaratkan bahawa dunia akan hancur dan digantikan oleh akhirat. Lalu Allah mengingatkan tentangnya dan menganjurkan kita berbuat baik. Sesungguhnya pendidikan anak-anak termasuk salah satu daripada unsur keluarga. Pendidikan dapat menyelamatkan diri kita di dunia dan akhirat. Anak-anak bagi ibu bapa adalah penyeri rumah tangga yang amat menyenangkan. Selain itu, anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa. Sebab itu, mereka tidak boleh disia-siakan. Anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Wajib bagi orang tua menentukan supaya mereka tidak menyimpang daripada jalan lurus di dalam Islam. Selain itu, anak yang soleh menjadi pelaburan kepada para ibu bapa. Tuntutan ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Hai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah dari manusia dan batu...(at-Tahrim: 6) Oleh yang demikian, hendaknya para ibu bapa jangan mensia-siakan umur muda anak-anak mereka. Sebaliknya, berusaha ke arah menjadikan mereka hamba Allah yang taat. Bak kata pepatah, 'melentur buluh biar dari rebungnya'. Pengawasan Jangan biarkan anak-anak tanpa pengawasan terhadap bacaan yang mereka gemar, apa saya yang suka mereka saksikan dan aktiviti yang mereka sertai. Kelalaian dalam hal ini bererti mensia-siakan amanah Allah. Ingatlah akibat yang akan menimpa kita dan keluarga jika mensia-siakan agama. Nerakalah balasan bagi orang yang lalai menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa. Ini mungkin menimpa anak kita yang malang. Balasan seksa neraka Allah dinyatakan menerusi firman-Nya yang bermaksud: Setiap kali kulit mereka hangus, kami ganti kulit mereka dengan yang lain supaya mereka merasakan azabnya. (an-Nisa': 56) Azab neraka yang paling ringan pun amat menyakitkan. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Penduduk negara yang paling azabnya ialah Abu Talib. Dia memakai dua terompah dari api neraka (yang akibatnya) otak mendidih kerananya. (riwayat muttafaqun alaih) Menyedari hakikat ini, berikanlah perhatian terhadap tarbiyatul aulad iaitu proses pendidikan anak kita. Al-Quran telah mengulas hal ini menerusi kisah Luqman yang menasihati anaknya. Ia boleh kita teliti dalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Dalam surah tersebut, Luqman mula mengajar anaknya dengan menanam kalimat tauhid yang hakikatnya memurnikan ibadat hanya untuk Allah SWT sahaja. Ini dilanjutkan dengan kewajipan berbakti dan taat kepada ibu bapa selama mana ia tidak menyalahi syariat. Wasiat berikutnya adalah berkaitan penyemaian keyakinan tentang hari pembalasan, kewajipan menegakkan solat. Seterusnya, amar makruf nahi munkar yang berperanan sebagai faktor penting untuk memperbaiki umat. Luqman juga menyentuh tentang sikap sabar dalam pelaksanannya dan mengalih perhatian kepada adab-adab seharian yang tinggi. Antaranya, larangan memalingkan muka ketika berkomunikasi dengan orang lain kerana ia mencerminkan sikap takbur. Beliau turut melarang anaknya berjalan dengan bongkak dan sewenang-wenangnya di muka bumi. Sebabnya, Allah tidak menyukai orang yang sombong. Sebaliknya, anaknya diajar berjalan dengan sedang- tidak terlalu lambat atau terlalu cepat. Nasihat Luqman yang terakhir pula berkait erat dengan perintah merendahkan suara dan tidak berlebih-lebihan dalam berbicara. Kisah di atas dapat dijadikan tauladan kepada semua pemimpin keluarga. Sesungguhnya keperluan seorang anak terdapat ilmu dan pengetahuan adalah lebih mustahak berbanding yang lain. Jangan pula ibu bapa hanya sekadar mencurahkan kemewahan fizikal semata-mata tanpa diseimbangkan dengan keperluan ukhrawi. Ini bagi menentukan anak-anak menjadi orang yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat. Taubat membersihkan dosa, tenangkan jiwa SETIAP manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi.
Orang yang bertaubat sudah tentu mendapat beberapa kelebihan, berbanding mereka yang belum bertaubat. Antara kelebihan itu ialah: Rahsia diwajibkan solat SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.
"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14) "Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim) "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45) "Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2) Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya. "Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23) Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati. Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya. Sederhana dalam pergaulan pelihara adab BERKAWAN dan bergaul amat digalakkan, kerana dapat merapatkan hubungan silaturahim dan melahirkan sifat bantu membantu, tetapi berlebihan dalam pergaulan tidaklah digalakkan, kerana boleh menimbulkan 'penyakit' dan permusuhan. Sesetengah pihak mendapat keuntungan melalui pergaulan, seperti dapat mengetahui ilmu baru dan peluang perniagaan, tetapi ada juga yang mendapat kerugian misalnya semakin hanyut di dalam kancah kejahatan. Justeru itu, sikap berhati-hati dalam memilih kawan dan tempat pergaulan amat penting. Tersilap langkah, akan mengundang binasa. Ketahuilah, dalam pergaulan ada empat jenis manusia, iaitu: 11 jenis manusia didoa malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf." Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat." Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'" Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |