|
||||||||||
KRONOLOGI SEJARAH PENGKOMPUTERAN MODEN 1969 · Marcian Hoff dan Stan Mazor dari Intel merekacipta cip CPU dengan senibina 4-bit yang boleh menerima arahan dan melaksanakan fungsi data yang mudah. CPU ini kemudian dikenali sebagai mikropemproses 4004. · Intel mengumumkan pengeluaran cip 1 kilobit RAM. 1971 · Intel memperkenalkan sistem mikrokomputer MCS-4 (Microcomputer System 4-bit) yang terdiri daripada cip ROM 4001, cip ROM 4002, cip shift register 4003, dan mikropemproses 4004, kelajuan CPU ialah 108kHz dengan prestasi 60,000 pengoperasian per saat. Ia menggunakan 2300 transistor, berdasarkan kepada teknologi 10 micron. 1972 · Intel memperkenalkan cip 200-KHz 8008, cip komersial pertama dengan mikropemproses 8-bit, dengan capaian memori 16 KB. 1974 · Intel memperkenalkan cip 2 MHz 8080, merupakan mikropemproses 8-bit. Berkeupayaan mencapai memori sehingga 64KB.Menggunakan 6000 transistor, berlandaskan teknologi 6-micron dengan kelajuan 0.64 MIPS. · Gary Kildall dari syarikat Mikrocomputer Applications Associates, membina system pengoperasian CP/M untuk system Intel 8080. · Motorola memperkenalkan cip 6800 menggunakan mikropemproses 8-bit. Cip 6800 dicipta oleh Chuck Peddle dan Charlie Melear. 1975 · Bill Gates dan Paul Allen mendapat lessen untuk menjual aturcara BASIC kepada MITS. Ini merupakan program bahasa komputer pertama untuk komputer peribadi. · Bill Gates dan Paul Allen membuka syarikat Micro-Soft. · MITS mengeluarkan komputer Altair 8800. · Penerbitan isu pertama majalah BYTE. 1976 · Steve Wozniak dan Steve Jobs menghasilkan komputer Apple l. · Intel memperkenalkan cip mikorpemproses 5 MHz 8085 dengan kelajuan 0.37 MIPS. Menggunakan 6500 transistor, berdasarkan kepada teknologi 3-micron. · Steve Jobs dan Steve Wozniak membina syarikat Appl Computer. 1977 · Syarikat Apple Computer memperkenalkan Apple ll dengan CPU 6502, 4 KB RAM dan 16 KB ROM. 1978 · Intel memperkenalkan cip mikropemproses 4.77 MHz 8086. Menggunakan register 16-bit, bas data 16-bit, dan 29,000 transistor dengan teknologi 3-micron. 1979 · Syarikat Software Arts memperkenalkan VisiCalc. · Syarikat Apple Computer memperkenalkan cip mikropemproses 4.77 MHz 8088. Ia dibina sebagai lanjutan kepada cip 8086. · Syarikat Micropro International memperkenalkan pemproses kata WordStar di tulis oleh Rob Barnaby. · Motorola memperkenalkan cip mikropemproses 68000 16-bit menggunakan 68,000 transistor. 1980 · Sinclair Research memperkenalkan komputer ZX80. Ia menggunakan teknologi NEC dengan 3.25 MHz 780-1 dan mikropemproses 8-bit, 1 KB RAM dan 4 KB ROM. · Syarikat Apple Computer memperkenalkan Apple lll dengan 2 MHz. · Seagate Technology memperkenalkan cakera keras pertama Winchester 5.25-inch menggunakan empat platter dan menyimpan 5 MB. · Paul Allen dari Microsoft membeli hak cipta DOS dari Seattle Computer Products untuk dijual kepada IBM. 1981 · Microsoft memulakan kerja membina grafik antara muka dipanggil Interface Manager. Di sini bermulanya pembinaan grafik antaramuka bagi system Windows. · Intel mengeluarkan coprocessor metamatik 8087. 1982 · Shugart Associates memperkenalkan peranti cakera liut. · Penerbitan pertama majalah PC Magazine. · Intel memperkenalkan mikropemproses 6 MHz 80286 menggunakan 16-bit bas data dan 134,000 transistor (1.5 microns). · Mikrosoft mengeluarkan MS-DOS versi 1.1 kepada IBM bagi kegunaan komputer peribadi IBM. Ia menyokong peranti cakera liut sehingga 320 KB. · Lotus Development memperkenalkan program hamparan Lotus 1-2-3. 1983 · Apple Computer memperkenalkan komputer Lisa menggunakan mikropemproses 5 MHz 68000 dengan 1 MB RAM, 2 MB ROM, monitor 12 inch B/W, grafik 720x364, dua peranti cakera liut 5.25- inch 860 KB dan cakera keras 5 MB. Ia merupakan komputer peribadi pertama menggunakan konsep GUI. “Lisa” bermaksud Local Integrated Software Architecture. · IBM memperkenalkan komputer peribadi IBM XT. Ia mempunyai cakera keras 10 KB ROM, papan kekunci, peranti cakera liut 360 dan menggunakan mikropemproses Intel 8088. · Microsoft memperkenalkan MS-DOS versi 2.0 untuk komputer peribadi. · Novell memperkenalkan rangkaian NetWare untuk IBM PC. · Microsoft memperkenalkan Microsoft Windows. · Microsoft secara rasmi mengeluarkan perisianh Microsoft Word 1.0. · Borland International mengeluarkan Turbo Pascal untuk CP/M dan komputer 8086. 1984 · Steve Jobs memeprkenalkan Apple Macintosh. · IBM memperkenalkan IBM PC mudah alih, dengan mikropemproses Intel 8088. · Hewlett-Packard memperkenalkan pencetak LaserJet, dengan resolusi 300dpi. · Motorola memperkenalkan prosesor 16 MHz 68020. · Microsoft mengeluarkan MS-Dos versi 3.0 untuk PC. 1985 · Peranti CD-ROM deperkenalkan untuk komputer. · Intel memperkenalkan mikropemproses 16 MHz 80386DX dengan 32-bit register dan 32-bit (16 MHz) bas data mengabungkan 275,000 transistor (1.5 microns). · Microsoft mengeluarkan Microsoft Windows versi 1.0 1986 · Apple Computer memperkenalkan komputer Apple llGS berkuasa 1 MHz atau 2.8 MHz. 1987 · Apple cdomputer memperkenalkan senibina terbuka Macintosh ll menggunakan mikropemproses 16 MHz 68020. Kemudian Apple Computer Macintosh SE diperkenalkan menggunakan mikropemproses 8 MHz 68000 dengan 1 MB RAM dan 20 MB cakera keras. · IBM memperkenalkan IBM PS/2 menggunakan 8 MHZ 8086. · Motorola mengeluarkan mikropemproses 68030. · Microsoft mengeluarkan hamparan Microsoft Excel untuk aplikasi Windows. 1988 · Spectrum Holobyte memperkenalkan permainan Tetris untuk PC, diimport dari Rusia. · Intel memperkenalkan mikropemproses 16MHz 80386SX pada kelajuan 2.5 MIPS. · IBM mengeluarkan DOS 4.0 1989 · Intel memperkenalkan mikropemproses 25 MHz 486 menggunakan 1.2 juta transistor dengan teknologi 1-micron. 1990 · Motorola memperkenalkan mikropemproses 32-bit 25 MHz 68040 dengan mengabungkan 1.2 juta transistor. · IBM mengeluarkan mikropemproses RISC untuk komputer kerangka utama RS/6000. · Microsoft memperkenalkan Windows 3.0. 1991 · Advanced Micro Devices (AMD) memperkenalkan AM386DX, cip klon pertama Intel i386DX pada kelajuan 20 hingga 40 MHz. · Microsoft memperkenalkan MS-DOS 5.0 GW-BASIC digantikan dengan QBASIC, berlandaskan kepada Microsoft QuickBASIC. · Linus Torvalds dari Finland membangunkan Linux, sebuah system pengoperasian seperti UNIX. 1993 · Apple Computer memperkenalkan Macintosh LC lll dengan 25 MHz 68030. · Intel memperkenalkan mikropemproses Pentium menggunakan 32-bit register, dan 64-bit (60 MHz) bas data dan cakera keras 4 GB. Ia mengabungkan 3.1 juta transistor, menggunakan teknologi BiCMOS 0.8-micron. Kelajuan mencapai 60 MHz. · Apple Computer memperkenalkan sistem Macintosh “AV”, mengabungkan pertama kalinya antara telekomunikasi dan video. · Pusat National untuk Supercomputing Applications (NCSA) mengeluarkan penyemak imbas Mosaic v1.0 web. 1994 · Apple Computer memperkenalkan komputer Power Macintosh 6100/60 dengan kelajuan 60 MHz. · Mosaic Communication melancarkan Netscape Navigator 1.0, penyemak imbas bagi world-wide web. · Digital Equipment Corporatiom (DEC) memperkenalkan mikropemproses Alpha AXP. · IBM melancarkan OS/2 Warp versi 3. · Lomega memperkenalkan peranti Zip dan cakera Zip. 1995 · IBM mengeluarkan PC DOS versi 7. · Microsoft memperkenalkan Windows 95. · Intel memperkenalkan mikropemproses Pentium Pro pada kelajuan 150, 180, dan 200 MHz (440MIPS). 1996 · Intel memperkenalkan prosesor 200 MHz Pentium mengabungkan 3.3 juta transistor. · Microsoft memperkenalkan Windows NT 4.0 · Microsoft memperkenalkan Osuntuk Windows CE. Nama kod untuk projek ini ialah Pengasus. “CE” bermaksud Consumer Electronics. · IBM melancarkan OS/2 Warp 4. 1997 · AMD memperkenalkan mikropemproses K6, dengan teknologi MMX. Prosesor ini mengabungkan 8.8. juta transistor dalam satu proses 35 micron. · Apple Computer melancarkan Mac OS 8.0. 1998 · Intel melancarkan cip 333 MHz Pentium ll, dengan bas 66 MHz mengabungkan teknologi CMOS 0.25 micron. · Intel mengeluarkan 350 MHz dan 400 MHz mikropemproses Pentium ll . · Intel mengumumkan mikropemproses celeron 266 MHz dengan 32 KB Level 1 cache. · Steve Jobs memperkenalkan Apple Computer iMac : mikropemproses 233 MHz PowerPC G3, 32 MB RAM, 4 GB cakera keras 24X CD-ROM, 15 inch monitor, 66 MHz bas system. · Microsoft melancarkan Windows 98. · Motorola memperkenalkan mikropemproses G4. · Intel memperkenalkan mikropemproses Pentuim lll. 1999 · Cyrix melancarkan prosesor Mll. · Apple Computer memperkenalkan komputer mudah alih PowerBook G3/333. · Microsoft mengumumkan Window 98 SE (Special Edition). · Steve Job memperkenalkan komputer mudah alih iBook. Ia mempunyai monitor 12.1 inch TFT, prosesor 300 MHz G3, cip grafik 4 MB ATI Rage Mobility, peranti CD-ROM, 32 MB RAM, modem, pot USB dan 10/100Base-T Ethernet, 3 GB cakera keras, papan kekunci dan Mac OS 8.6 · AMD mengumumkan pengeluaran mikropemproses Athlon. · Apple Computer mengumumkan komputer Power Mac G4 dengan cirri-ciri 400 MHz PowerPC G4, 64 MB RAM, peranti CD-ROM dan 10 GB cakera keras. · Microsoft memperkenalkan system pengoperasian Windows ME 2000 · AMD memperkenalkan mikropemproses Athlon 850 MHz. · Microsoft mengumumkan system pengoperasian Windows 2000 menggantikan NT4. · AMD memperkenalkan mikropemproses tahap 1.1 GHz. · Intel memperkenalkan mikropemproses Celeron 500 MHz dengan teknologi proses 0.18 -micron. · Intel mengumunkan mikropemproses dengan kod “Willamette” akan dikenali sebagai Pentium 4 dengan kelajuan melebihi 1.4 GHz. · Microsoft memperkenalkan bahasa c# (c sharp), sebagai modul tambahan bagi c++ bersama sokongan Web XML, COM, dan sokongan untuk Windows API. · Apple Computer memperkenalkan PowerMac G4 Cube dengan kelajuan prosesor 450 MHz PowerPC G4. · Apple Computer mengeluarkan komputer edisi khas iMac DV+ dengan kelajuan mikropemproses 500 MHz PowerPC G3. Ia dilengkapi dengan sambungan FireWire, 20 GB cakera keras, pemacu DVD-ROM dan penyokong rangkaian wayerles AirPort. 2001 · AMD memperkenalkan mikropemproses Athlon XP 1.5 GHz dikenali sebagai Athlon 1800+ dan Athlon XP 1.33GHx sebagai Athlon XP 1500+.XP bermaksud extra performance. · Apple computer memperkenalkan system pengoperasian Mac OS X. · Intel memperkenalkan cip Pentium 4 pada kelajuan 2GHz mempunyai 42 juta transistor. · Microsoft memperkenalkan Windows XP. XP bermaksud experience user.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |